Mati Tak Mengira Usia

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, March 23, 2011

" KAMI DI BELAKANGMU "

" Sesungguhnya setiap pemerintah atau pemimpin mempunyai hak-hak yang telah diwajibkan oleh Islam ke atas rakyatnya, mengambil berat terhadapnya, memeliharanya dan melaksanakannya  kerana seluruh kemaslahatan umat dan masyarakat tidak akan sempurna dan teratur kecuali dengan kerjasama antara pemimpin dengan rakyat, pelaksanaan setiap kerja atau tugas yang diwajibkan serta menjalankan amanah dan tanggungjawab. ( Al'Adilat al-Syar'ah (24) ) "
Sebelum ini mungkin kita berbicara mengenai hak rakyat,,Islam itu Adil dan syumul,,setiap hal ada timbangannya,, sekarang ini ,, marilah sama-sama kita mengotakan istilah yang acapkali dilaungkan oleh ahli ataupun rakyat " KAMI DI BELAKANGMU "

ANTARA 5 HAK PEMERINTAH:

1) IKHLAS DAN DOA

* Kewajipan yang pertama sekali ke atas rakyat adalah ikhlas kepada para pemerintah,kasihkan mereka dan menginginkan kebaikan kepada mereka serta membenci segala yang memburukkan mereka.

* Sabda baginda s.a.w. : Sesungguhnya Allah meredai kepada kamu tiga perkara: MenyembahNya dan tidak menyekutukanNya denga sesuatu pun, berpegang dengan ajaran Allah keseluruhannya dan jangan berpecah belah dan menasihati pemimpin. (Riwayat Muslim)

* Ibn Rejab al Hanbali berkata : Adapun nasihat untuk para pemerintah kaum Muslimin maka ia adalah kasihlkan kebaikan kepada mereka, bimbingan mereka dan keadilan mereka, menyukai sokongan rakyat untuk mereka, mematuhi ajaran agama, suka memuliakan mereka kerana mentaati Allah, membantu mereka dalam kebenaran, taat kepada mereka dalam perkara yang hak, memperingatkan mereka dengan kebenaran, menyedarkan mereka dengan lemah-lembut, mengelakkan daripada menetang mereka dan mendoakan kejayaan untuk mereka. ( Jami' al-'ulum wal hikam (79) )

2) PENGHORMATAN DAN KEMULIAAN

* Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan ke atas umat ni menghormati dan memuliakan para pemimpin. Pada waktu yang sama Baginda melarang mencaci mereka dan menyebut kekurangan dan kelemahan mereka kerana akan menyebabkan kebencian di hati rakyat bahkan akanmembawa kepada kejahatn, kerosakan, kederhakaan dan permusuhan.

* Sahl bin Abdullah al-Tastari : Manusoia sentiasa dalam keadaan baik selama mena mereka menghormati sultan dan ulama maka sekiranya mereka menghormati kedua-duanya ini Allah memberi kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat mereka. Sekiranya mereka menghina kedua-duanya Allah merosakkan kehidupan dunia dan akhirat mereka. ( al-Jami' li Ahkam al-Quran: al-Qurtubi : (5/260) )

3) PATUH DAN TAAT

* Berusaha mentaatinya zahir dan batin, pada setiap yang diperintahkannya dengannya dan yang ditegahnya kecuali yang berupa maksiat ( Tahrir al-Ahkam (61) )

* Umar bin al Khattab: Tidak sempurna Islam tanpa jemaah dan tidak sempurna jemaah tanpa pemimpin dan tidak sepurna pemimpin tanpa ketaatan ( Riwayat Ibn Abdul Bari fi Jami' Bayan al-I'lm (1/62) )

4) NASIHAT DAN PENILAIAN

* Para pemimpin bukanlah maksum, tindakan mereka mungkin betul atau tidak dan mereka masih memerlukan nasihat orang yang ikhlas dan tunjuk ajar daripada orang yang bertaqwa

* Al-Imam Malik bin Anas yang dikenali dengan Imam Darul Hijrah : Menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam yang telah dikurniakan oleh Allah dalam dadanya ilmu dan kefahaman terhadap agama untuk bersemuka dengan pemerintah , menyuruhnya berbuat baik dan menghalangnya daripada melakukan kemungkaran. Sekiranya dia melaksanakan tugas ini maka tidak ada lagi perkara yang lebih baik dari[ada itu. ( Tartib al-Madarik (2/62) )

* Ketika menasihati para pemimpin,perkara di bawah mesti di ambil kira:
1- Waktu yang sesuai
2- Cara yang bijaksana ( surah taha: 44) ( surah al-Nahl: 125)

*  Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaan sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah memimpin tangannya ke tempat yang sunyi, sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya dia enggan menerima nasihat, maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya. ( al-Syuhub al-Lami'at (71) )

* Antar cara yang dilakukan oleh ulam salaf :

  • Menasihati pemerintah pada ketika tiada orang bersamanya
  • Menulis surat kepada mereka
  • Menghubungi ulam yang berdamping dengan pemerintah agar mereka dapat membimbingnya ke arah kebaikan
5) MEMBERI BANTUAN

* Kaum Muslimin wajib membantu pemimpin merealisasikan semua perkara yang membawa kemajuan,kebaikan dan pembangunan pesat dalam bidang luaran,melaksana amar makruf dan mencegah mungkar, memberi nasihat, mengemukakan pemikiran2 yang membangun, menyedarkan orang ramai dan berdakwah... ( al-Fiqhul Islami wa Adillatuh ( 5/710 ) )

* Wajib ke atas rakyat menolong pemerintah menegakkan kebenaran sekalipun kepentingannya diketepikan kerana pertolongan yang diberikan itu adalah kerana agam dan dapat menguatkan Muslimin lebih-lebih lagi kalau ada golongan yang ingin melucutkan pemerintah secara tidak sah atau enggan mentaatinya.

* Mereka yang tidak mentaati pemerintah ialah penderhaka, wajib mengembalikan mereka supaya mentaati pemerintah, sekiranya mereka enggan maka bunuhlah mereka.

Ibn Jamaah : Sekiranya satu golongan yang mempunyai kekuatan enggan mentaati pemerintah, ingin melucutkannya atau menghalanh pemerintah melaksanakan satu hak daripada hak-hak yang diwajibkan dengan takwil yang dibawanya , sekiranya tidak dapat mengembalikan mereka kepada mentaati pemerintah kecuali dengan memerangi mereka , maka mereka adalah penderhaka. Pemerintah hendaklah berunding dengan mereka, menerangkan perkara yang menyebabkan mereka berdendam dan berdebat menjelaskan tentang keraguan mereka, sekiranya terdapat perkara yang samar-samar hendaklah pemerintah memberikan jawapan yang meyakinkan supaya mereka kembali taat.Sekiranya mereka mengadu tentang kezaliman yang dilakukan ,hendaklah dihapuskan kezaliman itu. Sesudah itu jika mereka kembali taat maafkanlah mereka tetapi jika mereka enggan taat bunuhlah mereka. Sekiranya mereka bertaubat terimalah taubat mereka dan janganlah mereka dibunuh tetapi kalau mereka berterusan menderhaka, wajib bunuh mereka. Merak hanyalah penderhaka dan bersalah dengan sebab takwilan mereka. ( Tahrir al-Ahkam (240) )
PEMUDA WAJIB BERSATU!!!
Sumber: Sistem Politik Islam : Menurut Pandangan al-Quran al-Hadis dan Pendapat Ulam Salaf
Oleh: Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy
Pengantar : Ustaz Zahazan Mohamed

No comments:

Post a Comment