Mati Tak Mengira Usia

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, March 21, 2011

NASIHATnya..

antara ungkapan yang dipetik oleh beliau,,
* perbaikilah dirimu di samping kamu menyeru seseorang ke arah kebaikan

* Nafsu yang berada di dalam diri kamu itu adalah sasaran utamamu. Jika kamu berjaya menundukkannya, maka yang selainnya itu adalah lebih mudah

* Sesungguhnya ummah yang sentiasa menyempurnakan amalan di dalam persediaannya untuk mati dan mereka tahu bagaimana cara yang paling baik untuk mati sebagai seorang yang mulia. Maka mereka itu mencagarkan kep[ada Allah akan kehidupan dunia yang amat disayanginya itu serta mengharpkan kenikmatan kekal abadi di akhirat kelak. Dan tidaklah perasaan ALWAHNU yang menimpa diri kita melainkan ianya berpunca dari kecintaan terhadap duniawi serta bencikan kematian. Oleh itu, hendaklah kamu mempersiapkan diri kamu dengan amalan yang mulia ini (mati syahid) serta hendaklah kamu berasa haloba terhadap kesyahidan itu.Nescaya ia akan memberi kepadamu kemuncak kehidupan yang sebenar-bernarnya(hidup di akhirat nanti)

* Hindarilah daripada sifat cepat berputus asa , kerana berputus asa itu bukanlah dari akhlak orang Islam. Dan hakikat kehidupan hari ini, adalah mimpi bagi hari kelmarin, dan mimpi hari ini adalah hakikat bagi hari esok, selagi mana waktu masih lagi lapang, selagi mana masih ada kekuatan bagi anasir-anasir kekuatan jatidiri bagi anak bangsa yang Mukmin, sekalipun di sana masih wujud anasir-anasir kezalioman yuang melakukan kerosakan. I ni kerana tidak selama-lamanya golongan yang lemah itu lemah selama-lamanya, dan tidak pula selama-lamanya orang yang kuat itu kuat buat selam-lamnya.

* Dengar dan taatlah kamu nkepada pemimpin kamu sama ada dalam keadaan susuah atau senang, cergas atau malas, kerana ia adalah simbol fikrah dan hubungan erat di antara kamu dengannya.

* Berimanlah kamu kepada Allah dan rasailah nikmat kemuliaan dalam mengabdikan diri kepadaNya. Maka janganlah takut serta gerun kepada selainNya.

* Berakhlaklah kamu dengan akhlak yang mulia dan berpegang dengan pegangan yang mulia. Dan jadilah kamu orang yang hebat dengan akhlakmu, nescaya kamu akan menganugerahkan kepadamu izzah orang yang beriman dan kemuliaan orang yang bertaqa serta para solehin.

* Berkasih-sayanglah sesama kamu, berhalobalah kamu dalam ikatan persaudaraan kamu, kerana ia adalah rahsia kekuatanmu dan paksi kejayaaanmu. Dan tetaplah kamu dalam perjuangan, sehingga Allah memutuskan urusan di antara kamu dengan kaummu dengan yang Haq, dan Dialah sebaik-beik Pemutus.

to be continued,,,

No comments:

Post a Comment