Mati Tak Mengira Usia

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, September 12, 2012

TAKDIR

muga tsabat dalam perjuangan Islam

Assalamualaikum
muga iman hati dan jiwa dalam keadaan tenang sebaiknya

Melepasi minggu yang menyakitkan, ditabur pula fitnah yang menggoyah, Allah, pasti ini pengajaran untuk diri, tapi aku juga mahu mereka mengerti bahawa fitnah itu sebelum disebar bertanya dulu pada empunya diri. Kerana hati teramat sakit mendengar 'cerita' disebar dengan maha luasnya tanpa diri ini mengakui lagi. Muga hidayah milik ku dan mereka Ya Allah........

Rentetan takdir hidup dapat kita rancang dengan strategik dan optimis, namun pabila TakdirNya mendahului, la budda hidup perlu diteruskan, kerana Dia memberi apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu.

Terbaca mengenai Penawar bagi Hati oleh Syeikh Abdul Kadir bin Abdul Mutalib al Indonesiyi alMandili [antara 10 perangai yang dicela] salah satunya adalah Rakus dalam berkata-kata [mengumpat]

Makna mengumpat : engkau menyebut tentang saudaramu dengan perkataan yang dibencinya, sekalipun engkau benar, sama ada engkau sebut kekurangan dirinya atau pada akalnya atau pada perbuatannya atau pada kainnya atau pada lainnya.


"Maksudnya : Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah MATI? [jika demikian keadaan mengumpat] maka sudah tentu kamu jijik kepadanya"[surah alHujurat: 12}
 Antara ubat cegah mengumpat :

  1. Fikir mengenai janji seksa yang disampaikan o Nabi Muhammad Sollahualaihiwassalam bahawa "kebajikan orang yang mengumpat itu akan berpindah kepada yang diumpat"
  2. Fikir mengenai kebajikan diri yang sedikit dan kecelakaan yang banyak dilakukan
  3. Mampukah kita meminta maaf dan menceritakan kembali dosa umpatan kita kepadanya jikalau ini sahaja penghapus 'umpatan' itu. Barangkali ramai yang tidak mampu.. Jadi??
  4. Selemah-lemahnya kita sedekahkan alFatihah kepada orang yang diumpat.



Terbaca juga mengenai Penawar bagi Hati oleh Syeikh Abdul Kadir bin Abdul Mutalib al Indonesiyi alMandili [antara 10 perangai yang dipuji] salah satunya adalah sifat Tawakkal.


sepatu tawakkal

Bahawasanya tawakkal mempunyai 3 rukun:
1. Tauhid : Iktikad bahawa tiada siapa yang mengatur sebaiknya melainkan Allah SWT
2. Kelakuan Hati : Hati mu percaya dengan Allah dan dia diam dengan menyerahkan segala perkara kepadaNya dan dia tiada berpaling darinya.
3. Perbuatan : Sebelum bertawakkal perlulah berusaha terlebih dahulu.

Pesan seorang teman: buat planning hidup banyak3, kerana kita tidak tahu mana satu planning yang mengena. Dan ketahuilah setalah diplan dan diusahakan, iringilah dengan tawakkal dan doa. Ketahuilah dengan bertawakkal adalah penyebab cintaNya kepada hamba [surah al-Imran:159]


dan setelah hasilan tawakkal doa membuahkan hasil yang positif maka bersyukurlah ALHAMDULILLAH, kerana syukur yang sempurna adalah mereka yang Allah taala luaskan dadanya untuk melihat tiap2 sesuatu itu pada hikmah dan rahsianya.

dan seandainya negatif, maka syukur dan sabarlah.
p/s: ustazku suruh habiskan dahulu buku ini sebelum
melangkah ke gerbang U nanti, mudah2an^^
 

sabar:

-menahan diri dari marah atas sesuatu yang tidak disukainya

-menahan diri dari mengadu selain dari Allah

Terima kasih kepada ilmuwan terdahulu dalam memayungi ilmu Islam 

sehingga mampu mengolahkannya sebagai bahan bacaan ilmian. 
Muga pengajian ilmu thurath tidak mati di makan zaman.. aamiin.

Muga hidup dan matiku dalam perjuangan islam.
Wallahualam
Saksikanlah segala2nya keranaNya



Monday, September 3, 2012

"MUSLIMAH CELIK"

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah
terasa malu dengan diri sendiri
setiap tahun hanya 4 entri ja yang mampu diberi
Sibuk sangat ke aku nie? =(


Baiklah,, tamat sudah pengajian ku di bumi y penuh barakah.. kini aku sedang mempersiapkan diri sebelum bergelar seorang mahasiswi di universiti duniawi mahupun ukhrawi..

aku sangat gemarkan diskusi , dan aku juga sudah jatuh cinta pada talaqqi,, kedua2 ini membawakanku kepada ketenangan dalam beramal^^

Baru-baru ini aku dan teman2 berborak mengenai POLEMIK HUDUD. aku tidak mahu mengulas sangat mengenai perihal ini kerana banyak pihak sudah memperkatakannya. Cuma satu impian ku dari dulu,, aku mahu ISLAM itu tertegak kembali,, ameen ya Allah..

Sedang rancak berbual mengenai isu ini, tiba-tiba seakan dipakukan oleh satu statement
Sepatutnye skrang kita buat kerja.. tidak perlu ulas mengenai HUDUD, biar pimpinan PAS yg berbicara.
 nasihat TGNA; Bila sesuatu undang2x digubal, ada ke Kerajaan tanya kt Rakyat dahulu? Tidak sama sekali.. Begitulah uUndang-Undang ALLAH ini.. Fikirkanlah..
Syukran atas respon ini. Cuma aku bukan mahu mengeruhkan keadaan tetapi sekadar cuba ingin memenuhi tuntutan sebagai seorang pemudi seperti yang dinyatakan dalam Laman Tarbawi: seorang rakan maklumat yang aktif ataupun rakan inspirasi yang kolektif dalam menghadapi PRU 13 nanti [xsabar..]

alhamdulillah,, aku cuba menyelami filosofi politik dalam kaca mata Islam. Selesai menamatkan buku Muslimah Celik Politik, Politik dan Pilihanraya Menurut Islam dan tengah loading buku politik o Prof Yusof al-Qaradhawi.. ada sesuatu yang ingin aku kongsikan:
panjang perbahasan mengenai isu ni,, namun buat masa inilah saluran tuk menyatukan ummat. 

boleh rujuk buku ini serta buku2 lain y dirujuki
oleh pengarang ini.
mengenai peranan muslimat peka dengan isu semasa^^
rupanya terdapat dalil & nas2 untuk menolak hujah2 y mengatakan
1.Wanita diperintah supaya tinggal di rumah
2.Wanita pemimpin lelaki[ahli parlimen]
3.Guna kaedah sadduzzarai' [pencegahan]
supaya terhindar daripada fitnah

Pilihanraya adalah salah satu kaedah MUWAJAHAH SILMIYYAH [berdepan secara damai]. Jadi sebelum memasuki ke fasa itu, isu2 yang dipolemikkan perlu sama2 kita fahami dan telusi agar tidak dikebumi sehingga tak jumpa akar umbi dan tuntutan ini tidak terlepas kepada muslimin SAHAJA.

Suka dengan statement sahabatku:
"Dalam dasar yang sama, wujudnya ide baru yang 'mencabar' ide tradisi... Dan setiap ide pastinya ad pengikut... Kekadang berlaku penggeseran y maha dahsyat diantaranya mencetuskan polemik2,.. Bg aku lebih gemar meletakkan diri ditengah2 penggeseran tersebut, menuetralkan kdua2 pandgan menjadi pandgan y brlari ke depan sambil menarik yang mereka berjalan dibelakang.."
ya, tapi sebelum mahu meneutralkan perlu ada ilmu yang utuh.. jadi jom sama2 pekakan mata dan beratkan jiwa isu2 yang menjadi polemik negara.. muga ada saham yang mengalir di sana^^

"Kalau ada sentuhan wanita, politik menjadi lebh indah,lebih santun dan lebih damai"
almarhumah yoyoh yusrah, politikus muslimah indonesia
muga hidup dan matiku dalam perjuangan ISLAM
wallahualam