Mati Tak Mengira Usia

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, March 23, 2011

" KAMI DI BELAKANGMU "

" Sesungguhnya setiap pemerintah atau pemimpin mempunyai hak-hak yang telah diwajibkan oleh Islam ke atas rakyatnya, mengambil berat terhadapnya, memeliharanya dan melaksanakannya  kerana seluruh kemaslahatan umat dan masyarakat tidak akan sempurna dan teratur kecuali dengan kerjasama antara pemimpin dengan rakyat, pelaksanaan setiap kerja atau tugas yang diwajibkan serta menjalankan amanah dan tanggungjawab. ( Al'Adilat al-Syar'ah (24) ) "
Sebelum ini mungkin kita berbicara mengenai hak rakyat,,Islam itu Adil dan syumul,,setiap hal ada timbangannya,, sekarang ini ,, marilah sama-sama kita mengotakan istilah yang acapkali dilaungkan oleh ahli ataupun rakyat " KAMI DI BELAKANGMU "

ANTARA 5 HAK PEMERINTAH:

1) IKHLAS DAN DOA

* Kewajipan yang pertama sekali ke atas rakyat adalah ikhlas kepada para pemerintah,kasihkan mereka dan menginginkan kebaikan kepada mereka serta membenci segala yang memburukkan mereka.

* Sabda baginda s.a.w. : Sesungguhnya Allah meredai kepada kamu tiga perkara: MenyembahNya dan tidak menyekutukanNya denga sesuatu pun, berpegang dengan ajaran Allah keseluruhannya dan jangan berpecah belah dan menasihati pemimpin. (Riwayat Muslim)

* Ibn Rejab al Hanbali berkata : Adapun nasihat untuk para pemerintah kaum Muslimin maka ia adalah kasihlkan kebaikan kepada mereka, bimbingan mereka dan keadilan mereka, menyukai sokongan rakyat untuk mereka, mematuhi ajaran agama, suka memuliakan mereka kerana mentaati Allah, membantu mereka dalam kebenaran, taat kepada mereka dalam perkara yang hak, memperingatkan mereka dengan kebenaran, menyedarkan mereka dengan lemah-lembut, mengelakkan daripada menetang mereka dan mendoakan kejayaan untuk mereka. ( Jami' al-'ulum wal hikam (79) )

2) PENGHORMATAN DAN KEMULIAAN

* Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan ke atas umat ni menghormati dan memuliakan para pemimpin. Pada waktu yang sama Baginda melarang mencaci mereka dan menyebut kekurangan dan kelemahan mereka kerana akan menyebabkan kebencian di hati rakyat bahkan akanmembawa kepada kejahatn, kerosakan, kederhakaan dan permusuhan.

* Sahl bin Abdullah al-Tastari : Manusoia sentiasa dalam keadaan baik selama mena mereka menghormati sultan dan ulama maka sekiranya mereka menghormati kedua-duanya ini Allah memberi kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat mereka. Sekiranya mereka menghina kedua-duanya Allah merosakkan kehidupan dunia dan akhirat mereka. ( al-Jami' li Ahkam al-Quran: al-Qurtubi : (5/260) )

3) PATUH DAN TAAT

* Berusaha mentaatinya zahir dan batin, pada setiap yang diperintahkannya dengannya dan yang ditegahnya kecuali yang berupa maksiat ( Tahrir al-Ahkam (61) )

* Umar bin al Khattab: Tidak sempurna Islam tanpa jemaah dan tidak sempurna jemaah tanpa pemimpin dan tidak sepurna pemimpin tanpa ketaatan ( Riwayat Ibn Abdul Bari fi Jami' Bayan al-I'lm (1/62) )

4) NASIHAT DAN PENILAIAN

* Para pemimpin bukanlah maksum, tindakan mereka mungkin betul atau tidak dan mereka masih memerlukan nasihat orang yang ikhlas dan tunjuk ajar daripada orang yang bertaqwa

* Al-Imam Malik bin Anas yang dikenali dengan Imam Darul Hijrah : Menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam yang telah dikurniakan oleh Allah dalam dadanya ilmu dan kefahaman terhadap agama untuk bersemuka dengan pemerintah , menyuruhnya berbuat baik dan menghalangnya daripada melakukan kemungkaran. Sekiranya dia melaksanakan tugas ini maka tidak ada lagi perkara yang lebih baik dari[ada itu. ( Tartib al-Madarik (2/62) )

* Ketika menasihati para pemimpin,perkara di bawah mesti di ambil kira:
1- Waktu yang sesuai
2- Cara yang bijaksana ( surah taha: 44) ( surah al-Nahl: 125)

*  Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah berkenaan sesuatu urusan maka janganlah dizahirkan secara terang-terangan tetapi hendaklah memimpin tangannya ke tempat yang sunyi, sekiranya dia menerima nasihat maka niatnya telah tercapai tetapi sekiranya dia enggan menerima nasihat, maka sesungguhnya orang yang memberi nasihat telahpun melaksanakan tugasnya. ( al-Syuhub al-Lami'at (71) )

* Antar cara yang dilakukan oleh ulam salaf :

  • Menasihati pemerintah pada ketika tiada orang bersamanya
  • Menulis surat kepada mereka
  • Menghubungi ulam yang berdamping dengan pemerintah agar mereka dapat membimbingnya ke arah kebaikan
5) MEMBERI BANTUAN

* Kaum Muslimin wajib membantu pemimpin merealisasikan semua perkara yang membawa kemajuan,kebaikan dan pembangunan pesat dalam bidang luaran,melaksana amar makruf dan mencegah mungkar, memberi nasihat, mengemukakan pemikiran2 yang membangun, menyedarkan orang ramai dan berdakwah... ( al-Fiqhul Islami wa Adillatuh ( 5/710 ) )

* Wajib ke atas rakyat menolong pemerintah menegakkan kebenaran sekalipun kepentingannya diketepikan kerana pertolongan yang diberikan itu adalah kerana agam dan dapat menguatkan Muslimin lebih-lebih lagi kalau ada golongan yang ingin melucutkan pemerintah secara tidak sah atau enggan mentaatinya.

* Mereka yang tidak mentaati pemerintah ialah penderhaka, wajib mengembalikan mereka supaya mentaati pemerintah, sekiranya mereka enggan maka bunuhlah mereka.

Ibn Jamaah : Sekiranya satu golongan yang mempunyai kekuatan enggan mentaati pemerintah, ingin melucutkannya atau menghalanh pemerintah melaksanakan satu hak daripada hak-hak yang diwajibkan dengan takwil yang dibawanya , sekiranya tidak dapat mengembalikan mereka kepada mentaati pemerintah kecuali dengan memerangi mereka , maka mereka adalah penderhaka. Pemerintah hendaklah berunding dengan mereka, menerangkan perkara yang menyebabkan mereka berdendam dan berdebat menjelaskan tentang keraguan mereka, sekiranya terdapat perkara yang samar-samar hendaklah pemerintah memberikan jawapan yang meyakinkan supaya mereka kembali taat.Sekiranya mereka mengadu tentang kezaliman yang dilakukan ,hendaklah dihapuskan kezaliman itu. Sesudah itu jika mereka kembali taat maafkanlah mereka tetapi jika mereka enggan taat bunuhlah mereka. Sekiranya mereka bertaubat terimalah taubat mereka dan janganlah mereka dibunuh tetapi kalau mereka berterusan menderhaka, wajib bunuh mereka. Merak hanyalah penderhaka dan bersalah dengan sebab takwilan mereka. ( Tahrir al-Ahkam (240) )
PEMUDA WAJIB BERSATU!!!
Sumber: Sistem Politik Islam : Menurut Pandangan al-Quran al-Hadis dan Pendapat Ulam Salaf
Oleh: Khalid Ali Muhammad Al-Anbariy
Pengantar : Ustaz Zahazan Mohamed

Monday, March 21, 2011

NASIHATnya..

antara ungkapan yang dipetik oleh beliau,,
* perbaikilah dirimu di samping kamu menyeru seseorang ke arah kebaikan

* Nafsu yang berada di dalam diri kamu itu adalah sasaran utamamu. Jika kamu berjaya menundukkannya, maka yang selainnya itu adalah lebih mudah

* Sesungguhnya ummah yang sentiasa menyempurnakan amalan di dalam persediaannya untuk mati dan mereka tahu bagaimana cara yang paling baik untuk mati sebagai seorang yang mulia. Maka mereka itu mencagarkan kep[ada Allah akan kehidupan dunia yang amat disayanginya itu serta mengharpkan kenikmatan kekal abadi di akhirat kelak. Dan tidaklah perasaan ALWAHNU yang menimpa diri kita melainkan ianya berpunca dari kecintaan terhadap duniawi serta bencikan kematian. Oleh itu, hendaklah kamu mempersiapkan diri kamu dengan amalan yang mulia ini (mati syahid) serta hendaklah kamu berasa haloba terhadap kesyahidan itu.Nescaya ia akan memberi kepadamu kemuncak kehidupan yang sebenar-bernarnya(hidup di akhirat nanti)

* Hindarilah daripada sifat cepat berputus asa , kerana berputus asa itu bukanlah dari akhlak orang Islam. Dan hakikat kehidupan hari ini, adalah mimpi bagi hari kelmarin, dan mimpi hari ini adalah hakikat bagi hari esok, selagi mana waktu masih lagi lapang, selagi mana masih ada kekuatan bagi anasir-anasir kekuatan jatidiri bagi anak bangsa yang Mukmin, sekalipun di sana masih wujud anasir-anasir kezalioman yuang melakukan kerosakan. I ni kerana tidak selama-lamanya golongan yang lemah itu lemah selama-lamanya, dan tidak pula selama-lamanya orang yang kuat itu kuat buat selam-lamnya.

* Dengar dan taatlah kamu nkepada pemimpin kamu sama ada dalam keadaan susuah atau senang, cergas atau malas, kerana ia adalah simbol fikrah dan hubungan erat di antara kamu dengannya.

* Berimanlah kamu kepada Allah dan rasailah nikmat kemuliaan dalam mengabdikan diri kepadaNya. Maka janganlah takut serta gerun kepada selainNya.

* Berakhlaklah kamu dengan akhlak yang mulia dan berpegang dengan pegangan yang mulia. Dan jadilah kamu orang yang hebat dengan akhlakmu, nescaya kamu akan menganugerahkan kepadamu izzah orang yang beriman dan kemuliaan orang yang bertaqa serta para solehin.

* Berkasih-sayanglah sesama kamu, berhalobalah kamu dalam ikatan persaudaraan kamu, kerana ia adalah rahsia kekuatanmu dan paksi kejayaaanmu. Dan tetaplah kamu dalam perjuangan, sehingga Allah memutuskan urusan di antara kamu dengan kaummu dengan yang Haq, dan Dialah sebaik-beik Pemutus.

to be continued,,,

'PLAYGROUND'

'Kakak,,umie,,abah,,ayie,,jomla,,,' ajak adik kecilku (insyirah) ke taman permainan. 'oklah,' jawabku memandangkan semua orang sibuk. Di sana, berpeluang berjumpa dengan penjaga (bibik) jiranku yang sangat2 rajin melayan adikku.tq BIK^^. '
satu kenangan..

Di sana,aku berpeluang bertemu dengan anak2 jiranku yang lincah2 belaka,,dua kali pandang,, dalam hatiku berkata,,ya Allah,,tanggungjawabku besar pada mereka,,maafkan aku andai tidak dapat bersama kalian selalu,,namun aku tetap berdoa agar mereka mampu menjadi PERMATA UMMAH ( Adik-adikku). Itu belum difikir mengenai adik beradik kandung sendiri,,Andai lisan ku ini kaku,,amal pun tidak menentu,,doa ku pohon padaMu,,selamatkan hamba-hambaMu,,dari dunia yang menipu,,walaupun ku tahu,,aku selalu menipu,,dengan segala nikmatMu,,ighfir zunubana ya Allah,,

Teringat detik itu,,
ku mohon padaMu,,
campakkan aku ke dalam biah y dapat membantu,,
aku dekat denganMu,,
walaupun aku malu,,
noda yang membelenggu,,
aku tetap mahu,,
mencari diriku,,

bagaikan bulan jatuh ke riba,,
berita itu aku terima,,
di bumi itu aku dibina,,
dalam hatiku berkata
'"TERIMA KASIH YA ALLAH"

indahnya hidayahMu,,
izinkan aku kekal di jalanMu,,
walaupun ujian sentiasa bertamu,,
aku impikan syahid pengakhiranku,,

retorik hipokrit individualistik
arghh,,jangan berfikiran sempit
luaskan pemikiran,,banyakkan bacaan
agar bangkit menjadi umat teladan

Buat umie abah
Buat adik2ku:ayie,uwai,afif,amin & inyirah
Buat keluargaku,,atuk^^
Buat teman2 seperjuangan
Buat guru2 yg membinaku
Buat dunia

yang menjadi saksi
bicara pada hari ini
terimalah segala-galanya
yang mampu aku berbudi

Saksikanlah,,
Segala-galaNya kerana Dia


Hidayah

Album : Pelita Hidup IV
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Tuhan...
lama aku gelintar
cari arah cahaya
menerangi gelita

Tuhan....
indahnya hidayah Mu
sinari ruang kalbu
luruh airmata ku
mensyukuri nikmat Mu

c/o
ooo... Tuhan
pimpinlah hati ini
utk ku menghayati ooo... petunjuk Mu
walau diuji kesabaranku
juga keimananku
tidak tercabar keyakinan ku
pada janji-janji Mu
tetap bersujud di hadapan Mu
merayu cinta Mu
seluruh jiwa aku serahkan hanyalah utk Mu
betapa ku bersyukur dengan hidayah yg Engkau berikan
semoga selamanya aku kekal di jalan Mu

Friday, February 4, 2011

TEKNIKAL + PRAKTIKAL = INDAHNYA ISLAM ^^,

Menyedari kebebasan itu masih belum menjadi milik, mindaku terus menilik, setiap masa hati berdetik, : Seruan jihad yang pertama wajib ku sahut, selagi Islam sekadar melukut, selagi itulah peranan kita dituntut.

Terdiam,,Termangu,,, Fb yang menjadi wadah penyatuan aku bersama teman2 lama,byk memberi impak padaku,,Maafkan aku,,,andai tarbiyah yang diterima ,,sekadar mengeras di dada,, tak dapat diterjemah sedayanya,,Allah,,

Ya,,,kita semua tidak mahu menjadi mahasiswa yang gah pada TEKNIK tetapi lemah pada PRAKTIK. Sesiapa yang memerhati dengan teliti contoh2 praktikal bagi pembentukan peribadi di zaman nabi,kita akan dapat menemui banyak jalan yang praktikal dalam pendidikan dan pembentukan peribadi itu.


Pentarbiyahan di Darul Arqam misalnya telah diterjemah dengan sebaiknya oleh para sahabat dengan mengharungi segala konfrontasi yang begitu hebat dengan cara hidup yang jahiliyah,,Musa’b bin Umair berhadapan dengan ibunya, Suhaib arRumi dengan sang perompaknya,,Gambaran2 ini cukup2 jelas hasil kejayaan untuk menterjemah hasil manipulasi antara teknik dan praktik dalam uslub dakwah itu sendiri.
Namun dunia kini cukup berbeda,,Konfrontasinya pun aneka warna,,noktah di sini. Mahasiswa yang peka seharusnya mengerti konfrontasi yangdialami agar, semakin di asak, semakin pasak bukannya dipijak.

Pergerakan mahasiswa Islam dewasa ini sangat2 perlu memahami metod2 praktis yang mana dapat membersihkan faktor2 kelemahan daripada jiwa mereka serta menyediakan mereka untuk berhadapan dengan berbagai kemungkinan.

‘ Dan orang yang berjihad di jalan (untuk mencari keredaan Kami) ,Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan2 Kami.Dan sungguh,Allah bersama orang2 yang baik.’( Surah al-Ankabut:69)

Ya,,kita semua dalam proses pembinaan diri,,sekali tersadung,,usah melolong,,bahkan terus meneropong,,andai jiwa kian kosong,,jangan terus termenung,,taulan yang soleh mampu menolong,, wasilahNya untuk bertemu cinta teragung,,Hanya padaNya kekuatan dipohon,,

Tertarik dengan kata2 Almarhum Dr. Fathi Yakan daalam karangannya Kemusykilan Dakwah dan Para Daie

‘ Status pemimpin dalam sesebuah organisasi adalah status yang sensitif.Selagimana peribadinya tidak mencakupi ciri2 kepemimpinan yang perlu, maka status pemimpin akan terus bergoyang dan tidak tenteram.Meskipun pengetahuannya  banyak serta kemampuannya berpidato kerana logika organisasi berbeda dari logika berpidato. Maka untuk menyempurnakan status kepemimpinannya, haruslah ada potensi lain dari segi fikiran, rohani, jasmani, keorganisasian, akhlak dan peribadi .


Bergerak menuju mampu insyaAllah,,
Teruskan melangkah walaupun payah, kekuatannya Allah, walau diterjah , takkan pernah goyah

Bangunlah wahai sahabat-sahabatku,,Besarkan jiwamu sebesar dunia ini,,Teruskan merencana agenda umat,,jangan diulang istilah penat,, kerana syurgaNya menjadi penamat,,
Bak kata Saidina Umar Radiallahuanhu, setelah seharian mengurus tampuk pemerintahannya,,diajak sahabat2nya untuk bermunaqasyah dengan berkata:

“ Hayya bina nazdadu imanan”

Saksikanlah ,,segala-galanya kerana Dia,,