Mati Tak Mengira Usia

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, November 18, 2010

Masih mekar....

"Masih mekar kenangan indah,,, Zaman gemilang Islam menjulang,,, Ketika Rasul ada bersama,,, Para Sahabat mentadbir dunia,,, Zaman nubuwwah era khulafa,,, Islam umpama api membara,,, Menerangi ummah & juga sahabat,,, Bahangnya bagai membakar lawan,,,"
Andai dihayati lirik lagu ini( Zulfan-Persada Perjuangan) melalui mata hati, pastikan mengalir air mata ini,, Ya Rasul Allah,, jujur kami khabarkan,,, Umatmu kian sakit,,, malah hampir benar saat nazaknya,,,
Lihatlah semua ini..................



Sedang rancak program2 pemurnian akhlak dilaksanakan,termangu sendiri aku di kantor ini,,, Pasti ada pendekatan yang lebih realistik dan optimistik,,,Pendekatan yang benar2 diredoiNya,, Sejenak lamunanku terhentak
" Kak, kalu adeq dah habis DQ nanti, benda yang paling adeq akan rindui adalah masjid ini..Rasa nak peluk kuat2 "

Liqo asar mahupun kuliah tafaqquh di masjid mahupun surau menjadi penyubur kepada jiwa2 yang sentiasa mahu disuburi..
 "Inilah majlis iman!Iman ini seumpama bajumu,sama ada engkau membukanya apabila engkau memakainya ,atau memakainya apabila engkau membukanya.Hati ini begitu cepat berbolak-balik melebihi periuk yang menggelegak isinya ,,, Marilah saudara kita beriman seketika!" kata Abdullah ibn Rawahah kepada Abu Darda' yang mengajaknya untuk bermuzakarah seusai solat tahiyyatul masjid.
Namun,jiwaku sedikit kesal melihat sambutan yang kurang menggalakkan terhadap majlis seumpama ini,,, apakah silapnya?? Masih belum diketahui,,,,,,,,

Marilah sahabat sahabiyah,
Kita beriman buat selamanya....

Tersentuh diri mendengar pengakuan juniorku ini,,, Hatinya benar2 terikat & rindu berada di dalam masjid. Seperti para sahabat terdahulu,,, Sahabiyah juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan masjid2 sentiasa dihidupkan dengan amaln dakwah,pengajian ilmu,ibadat2 khusus & khidmat. Malah golongan ini jugalah yang menjadi pencetus kepada ahli keluarga lelaki untuk turut ,mengimarahkan masjid agar "kenangan indah" itu bisa terzahir kembali,,, Kita masih mengharap,,,,,,,,Teringat aku pesanan seorang ustaz:
"Andai kita rajin mengimarahkan masjid, Allah akan bantu untuk kuatkan hafalan kita."
Sabda Rasulullah S.A.W. : 'Sesungguhnya aku melihatnya berada di dalam syurga disebabkan amalan menyingkirkan sampah sarap di masjid (Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Kabir & perawinya adalah sahih.).Cuba bayangkan andai sekecil2 pekerjaan ini sudah diangkat selayaknya oleh Allah, inikan pula mereka yang sedaya upaya menggerakkan aqal fikiran,tenaga&harta untuk menggalakkan masyarakat untuk turut mengimarahkan masjid...MasyaAllah!!!

Nah,bagiku sudah terbukti,seandainya institusi masjid diperkasakan,maruah Islam yang tercalar berubah mulia kerana redaNya,,Selagi umat ini @ sebahagian besarnya masih lagi terasing dengan masjid @ surau, selagi itulah kita akan menjadi buih2 di lautan,,,Teringat kata2 sorang ustazah yang menjadi salah seorang briged amal untuk mangsa banjir kedah:
"Inilah balasannya bagi mereka yang kufur nikmat,,Surau jarang diimarahkan walaupun ada majlis agama,, Namun lihatlah,,setelah ditimpa bencana, suraulah yang menjadi tempat berlindung,,," Sama2 kita renungkan,,,,,
Marilah kita telusuri bersama falsafah PIAGAM MADINAH yang berasaskan syariat Islam bagi membentuk Daulah Islamiyah.Langkah pertamanya adalah pembinaan masjid.Piagam Madinah menegaskan bahawa        " Orang2 mukmin itu hendaklah teguh di atas sebaik2 petunjuk @ seteguh2nya ". Ini adalah 1 transformasi yang menyeru muslimin untuk memperkasakan diri dengan aspek TAQWA yang merupakan penjanaan KHAIRA UMMAH.
Rasulullah sabda: Sesungguhnya masjid2 itu adalah rumah bagi setiap yang bertaqwa ( Riwayat al-Tabrani & alBazzar)
Sesungguhnya masjid itu mempunyai hubungan yang istimewa dengan TAQWA & merupakan salah satu wasilah untuk mendapatkannya.

ALLAH tidak akan merubah keadaan kita sehingga kita sendiri buat keputusan untuk berubah. Ayuh! marilah kita langkahkan kaki ke masjid @ surau, dengan hati yang penuh cinta,mencari senyuman dan kerinduanNya kepada kita ^_^

Usah mempolitikkan nikmat yang ada.. Andai nikmat sihat,masa lapang, usia muda,mampu dari sudut harta, & masih lagi bernyawa,,,manfaatkanlah peluang yang ada. Buanglah segala egoisme dan segala prasangka,,, datanglah kepadaNya dengan hati yang tunduk dan redo,,,, nescaya wehdah yang kita cari kan sirna kembali,,,,
Lakukanlah segala2nya kerana DIA..............

p/s: hamba bantah 100% usul ETP menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab hiburan sebagai perangsang ekonomi. Ketahuilah, institusi masjid juga mampu ,merangsang penjanaan ekonomi negara andai dimanipulasi fungsinya 100%.

Pencetus kesedaran
 : SOLUSI edisi 25
 : Masjid Itu Hidupku karya Us Mohd Gunawan Che Aziz

wallahua'lam....

No comments:

Post a Comment