Mati Tak Mengira Usia

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, November 19, 2010

HARAPAN BARU..


Bonjour,,,je m'appelle SA'ADAH,, Je suis etudiant a'la DQ,,,^_^
Huhu,,,rase syg pulak dah tinggalkan ilmu nie (france-belajar tyme form 1-3),,,berhabuk dah,,,kena vacuum baleq ni,,,, anywaY tgh2 vacuum nie, baru tersedar,,,cuti tinggal bebarapa hari lagiE,,, Back to DQ again,,,, SMILE^^

Buka2 cuty ni kita akan berdepan dengan PILIHANRAYA KAMPUS dan berdepan dgn para politikus yang x pernah diam menikus andai kebenaran dilihat semakin tidak telus,,,, berdebar2,,,

Tuk menghilangkan getar debar nie,,,apa kata kita sama2 topup ilmu kita dalam bidang siasah, agar kepemimpinan akan datang akan lebih terarah,,, JOM!!!

Sedikit perkongsian ilmu daripada sebuah buku yang sedang cuba dihadamkan sepenuhnya:
SISTEM POLITIK ISLAM ~MENURUT PANDANGAN ALQURAN & ALHADIS & PENDAPAT ULAMA SALAF
oleh KHALID ALI MUHAMMAD AL-ANBARIY
pengantar oleh ZAHAZAN MOHAMED

Maksud SIASAH SYAR'YYAH@ POLITIK ISLAM:
Mengurusi  @ mengatur perkara mengikut syariat islam y dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W./ pengaturan urusan manusia


Secara ringkas, hanya mampu nak HIGHLIGHT mengenai bab Antara nasihat ulama untuk para pemimpin hal:197-202 

Dinyatakan dalam Kitab al-Durrat al Gharra' oleh alKhirtibi:
10 ASAS YANG PERLU DIJAGA & DIPELIHARA OLEH PARA PEMIMPIN UNTUK MEMASTIKAN KEPENTINGAN ORANG RAMAI TERJAGA SERTA KEADILAN TERCAPAI

  1. Apabila sesuatu perkara berlaku kepada orang ramai,dia hendaklah menganggap dirinya sebagai rakyat dan pemerintah ialah orang lain.Setiap sesuatu yang tidak disukainya mesti dielakkan daripada orang lain
  2. Jangan menanggap penantian seseorang yang memerlukan untuk mendapatkan pertolongannya sebagai 1 kehinaan daripada Allah kerana Allah telah memerintahkannya menyegerakan bantuan kepada yang memerlukan
  3. Jangan menghabiskan waktunya untuk kepuasan syahwat & mesti berusaha agar sebahagian waktunya adalah untuk mentadbir hal ehwal rakyat
  4. Berusaha sedaya upaya agar sesuatu perkara itu diperoleh dengan mudah & penuh kemesraan.Rasulullah S.A.W. berdoa untuk para umara: " Ya Allah! Barang sesiapa yang dilantik menguruskan sesuatu perkara untk umatku dan dia menyusahkan mereka maka Engkau sukarkanlah urusan mereka, tetapi sesiapa y dilantik menguruskan sesuatu perkara untuk umatku dan dia memudahkan mereka maka engkau mudahkanlah urusan mereka. " (Diriwayatkan Muslim 1828)
  5. Berusaha sekadar tenaga & kemampuannya untuk memperolahi kepercayaan & restu rakyat terhadapnya berdasarkan nilai2 syarak.
  6. Jangan berusaha mendapat restu seseorang sehingga melanggar keredaan Allah. & hendaklah mendahului tuntutan syarak terhadap kepentingan dirinya
  7. Sekiranya rakyat memerlukan hukuman, maka hendaklah berlaku adil, tetapi sekiranya mereka memohon simpati maka hendaklah mengampunkan mereka & tidak mengingkari sekiranya berjanji dengan mereka
  8. Berusaha merapati para ulama yang muttaqin & soleh untuk mendengar nasihat mereka
  9. Bersungguh meninggalkan sifat megah,bongkak & garang
  10. Memastikan bukan sahaja dirinya xmelakukan kezaliman bahkan juga perwakilan serta semua yang berada di bawah pentadbirannya
ASTAGHFIRULLAH,,,BERATNYA BEBANAN INI,,,,
Namun aku semakin naik bingung kerana kelihatnnya jawatan itu seperti sebiji bola ,disepak ke mana2, strikernya pula hanya menuju pada orang yang tertentu,, walhal hakikatnya si penerima bola yang dituju adalah kaki bangku,,& akhirnya bukan gol yang diterjang bahkan kad merah yang melayang,,,,fikirk2kan,,,,

Maksud hadis Nabi Muhammad S.A.W. riwayat Muslim: "Pemimpin kamu yang TERBAIK ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihi kamu, kamu MENDOAKAN MEREKA, dan mereka mendoakn kamu,dan pemimpin yang paling JAHAT ialah mereka yang kamu benci dan mereka  membenci kamu,kamu melaknati mereka dan mereka melaknati kamu."       
ALLAHUMMA ARINAL HAQQA WAR ZUQNATTIBA'AH, WA ARINAL BATILA BATILA WAR ZUQNAJTINABAH.. AMEEN

p/s: aku juga mengharapkan  Harapan Baru untuk Pilihanraya kampus akan datang^_^

wallahua'lam

No comments:

Post a Comment