Mati Tak Mengira Usia

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, November 16, 2010

HAJI MUDA??

         Inilah tempat kerehatan yang aku idamkan selama ini...


Haji Muda?? 1 hasrat yang JARANG tercatat dalam kamus perancangan hidup.. Mana tidaknya..Apa yang difikirkan tika ini mungkinlah sekadar POINTER, KARIER, GLAMOUR, AMOUR ( aduh,,) belajar hingga ke peringkat PhD, bina bait muslim adalah antara TOP LIST keutamaan hidup.Apabila direnung,, ternyata HAJI berada di senarai terbawah,,, ASTAGHFIRULLAH ,,,,,,malu


Jauh sekali terfikir,ajal menjemput tak kira waktu, andai ESOK DIA menjemput, syurga tahap mana yang kita mahu?? FIRDAUS yang PASTI! aDUH!!! malu sekali lagi,,,,, Amalan yang ada masih xseberapa.Perkara sunat seperti bersedekah, tahajjud,taubat, witir, dhuha , puasa isnin khamis hanya dibuat apabila ingat & kuat. Tatkala PENAT , baterinya turut FLAT.. malu buat kesejuta kalinya,, Di mana hendak disorokkan muka ini apabila bertemuMu ya Allah?? Cakap sahaja besar tapi amalannya tak seberapa,, Comotnya kita di hadapanNya kelak!!!


Semakin disingkap intipati surah arRahman, semakin terdorong untuk berfikir keagungan Allah & yang dikejar selama ini adalah permainan yang melalaikan. Xmampu kami DUSTAkan nikmat2Mu walaupun terkadang kami menjadi PENDUSTA!! Lalai & angkuhnya kami berjalan di muka bumi ini,,Ampunilah kami,,,,,,,,,,, ya ALLAH!! 


"Dengan rendah diri kami memohon kepadaMu ya Allah. Bimbinglah,peliharalah, dan berkatilah kami generasi muda bagi meletakkan MARDHATILLAH sebagai wawasan hidup.Ampunilah kami,berikanlah kami kekuatan, kesungguhan, kesihatan, kewangan dan keyakinan yang tinggi bagi kami melangkah ke Tanah Suci ketika usia muda.Kami ingin memperbaiki diri,meneguhkan aqidah dan menjadi insan cemerlang berdasarkan paksi haji yang mampu memahat hati dan jiwa kami sebagaiman para malaikat dan makhlukMu sentiasa bertawaf tanpa henti hingga hari kiamat.Amin"

Pencetus kesedaran:
Buku "Haji Muda : Tip-tip menjadi Tetamu Allah
Karya Ridzwan Bakar


p/s:Cita2ku nak pergi ke sna dengan usahaku sendiri...permudahkanlah keinginanku ini ya Allah!!

No comments:

Post a Comment