Mati Tak Mengira Usia

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, September 12, 2012

TAKDIR

muga tsabat dalam perjuangan Islam

Assalamualaikum
muga iman hati dan jiwa dalam keadaan tenang sebaiknya

Melepasi minggu yang menyakitkan, ditabur pula fitnah yang menggoyah, Allah, pasti ini pengajaran untuk diri, tapi aku juga mahu mereka mengerti bahawa fitnah itu sebelum disebar bertanya dulu pada empunya diri. Kerana hati teramat sakit mendengar 'cerita' disebar dengan maha luasnya tanpa diri ini mengakui lagi. Muga hidayah milik ku dan mereka Ya Allah........

Rentetan takdir hidup dapat kita rancang dengan strategik dan optimis, namun pabila TakdirNya mendahului, la budda hidup perlu diteruskan, kerana Dia memberi apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu.

Terbaca mengenai Penawar bagi Hati oleh Syeikh Abdul Kadir bin Abdul Mutalib al Indonesiyi alMandili [antara 10 perangai yang dicela] salah satunya adalah Rakus dalam berkata-kata [mengumpat]

Makna mengumpat : engkau menyebut tentang saudaramu dengan perkataan yang dibencinya, sekalipun engkau benar, sama ada engkau sebut kekurangan dirinya atau pada akalnya atau pada perbuatannya atau pada kainnya atau pada lainnya.


"Maksudnya : Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah MATI? [jika demikian keadaan mengumpat] maka sudah tentu kamu jijik kepadanya"[surah alHujurat: 12}
 Antara ubat cegah mengumpat :

  1. Fikir mengenai janji seksa yang disampaikan o Nabi Muhammad Sollahualaihiwassalam bahawa "kebajikan orang yang mengumpat itu akan berpindah kepada yang diumpat"
  2. Fikir mengenai kebajikan diri yang sedikit dan kecelakaan yang banyak dilakukan
  3. Mampukah kita meminta maaf dan menceritakan kembali dosa umpatan kita kepadanya jikalau ini sahaja penghapus 'umpatan' itu. Barangkali ramai yang tidak mampu.. Jadi??
  4. Selemah-lemahnya kita sedekahkan alFatihah kepada orang yang diumpat.



Terbaca juga mengenai Penawar bagi Hati oleh Syeikh Abdul Kadir bin Abdul Mutalib al Indonesiyi alMandili [antara 10 perangai yang dipuji] salah satunya adalah sifat Tawakkal.


sepatu tawakkal

Bahawasanya tawakkal mempunyai 3 rukun:
1. Tauhid : Iktikad bahawa tiada siapa yang mengatur sebaiknya melainkan Allah SWT
2. Kelakuan Hati : Hati mu percaya dengan Allah dan dia diam dengan menyerahkan segala perkara kepadaNya dan dia tiada berpaling darinya.
3. Perbuatan : Sebelum bertawakkal perlulah berusaha terlebih dahulu.

Pesan seorang teman: buat planning hidup banyak3, kerana kita tidak tahu mana satu planning yang mengena. Dan ketahuilah setalah diplan dan diusahakan, iringilah dengan tawakkal dan doa. Ketahuilah dengan bertawakkal adalah penyebab cintaNya kepada hamba [surah al-Imran:159]


dan setelah hasilan tawakkal doa membuahkan hasil yang positif maka bersyukurlah ALHAMDULILLAH, kerana syukur yang sempurna adalah mereka yang Allah taala luaskan dadanya untuk melihat tiap2 sesuatu itu pada hikmah dan rahsianya.

dan seandainya negatif, maka syukur dan sabarlah.
p/s: ustazku suruh habiskan dahulu buku ini sebelum
melangkah ke gerbang U nanti, mudah2an^^
 

sabar:

-menahan diri dari marah atas sesuatu yang tidak disukainya

-menahan diri dari mengadu selain dari Allah

Terima kasih kepada ilmuwan terdahulu dalam memayungi ilmu Islam 

sehingga mampu mengolahkannya sebagai bahan bacaan ilmian. 
Muga pengajian ilmu thurath tidak mati di makan zaman.. aamiin.

Muga hidup dan matiku dalam perjuangan islam.
Wallahualam
Saksikanlah segala2nya keranaNya



No comments:

Post a Comment