Mati Tak Mengira Usia

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, August 14, 2013

Cinta Ilmu

Ukhwah itu maknanya dalam
biarpun bungkam tetap terpendam

Ilmu itu maha luas
mengenalinya tidak pernah puas

Tatkala dosa tidak pernah waqaf
tika itu juga taubat jangan dihazaf


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

alhamdulillah, masih diberi warna untuk melihat gelam walaupun qalbi meniti kelam. Ya, kadang2 kita membentak dengan diri , "tolong, aku xnak buat dah kerja2 tu, aku xnak buat dosa lagi, dekat, bau dosa sekalipun aku xmahu,=(" dengus hati.

Lalu akal berlegar mencari kunci pengikat diri, alhamdulillah, sempat menadah ilmu dengan asatiz dari darul hadis sepanjang ramadhan dalam Daurah Kilat yang ketiga.

Matan Arbaiin dan Matan Kharidatul Bahiyyah. Cukup nikmat sekali.
Makhzinul Jawahir fii solat Musafir,Masbuq dan Muwafiq dan cara mengenali darah mengikut mazhab syafiie. (tahun lepas, tapi menarik sangat.. 2 minggu di pasir tumbuh)

Sepanjang daurah diuji dengan sakit, namun terus diubat hati ujian itu untuk penghapus dosa2 kecil mudah2n.
***Terdengar lagi ruang dan peluang untuk bertalqqi lagi di Baitul Qurra Melaka, namun masih berdoa dan berharap, andai Allah takdir mampu jejak ke sana, in syaa allah 2 minggu lagi diri ditarbiah untuk menadah ilmu, andai xkesampaian, pasti ada yang terbaik y Allah caturkan.=)

Dalam hati, tertanam satu harapan untuk bertalaqqi kitab besar pula, di samping dapat bersama dengan para ulama dan auliya untuk menghirup berkat dan manafaat dari mereka. mudah2n.
***dan berharap sisa tua aku juga dihabiskan dengan berkepit dengan ilmu, atau di pondok2 y ada. Muga pengakhiranku tidak menyusahkan sesiapa, (doa yang abah ajar=))

Baru-baru ini, terima SMS dari seorang adik [sayang sangat dia]
***"Jaga diri jaga iman jaga hati jaga maruah diri" Setan dah terlepas tambah dengan nafsu yang sentiasa mekar, lawan tetap lawan last2 kalah gak, Moga Allah pelihara kita kak.."***

Nasihat ni betul2 menyentak. Barangkali teguran inilah pandangan kasih sayang dari Nya. Terima Kasih dik.
***Teringat pesan ummi : kita tak tahu mana satu amalan kita yang hangus dan amalan mana yang diterima, jadi keep on doing good deeds."

***Ustaz juga pernah pesan : "Teruskan berjilbab penuh, purdah dsb walau kita tahu dosa menggunung tinggi dan ilmu hnya sekelumit kuman, kerana Islam itu haibat, justeru pendokongnya perlu berusaha untuk mengizzahkannya." (muga ini juga termasuk saham pemberat di akhirat, aamiin)

***Pesan ustaz lagi : "Istighfar itu bukan semata pohon ampun dari Allah atas dosa-dosa kita , tetapi sebagai manifestasi cinta Hamba kepada Pencipta, sebab Allah nak kita dekat dengan dia."

Sungguh benarlah
Umur itu singkat
IlmuNya xtersingkap


Teringat bait syair:

Betapa rinduku bertemu dengan kenangan lepasNamun bukan semua yang berlalu akan datang pergi


Aku bertekad untuk memenuhkan sisa usia yang ada dengan mencintai dan berbakti dengan ilmu. Kerana dengan ilmu bercambahlah iman, bertambahlah kelazatan mempelajarinya, bertambahlah hub bertemu Pemilik Segala Cinta.

Barangkali coretan ini tiada isinya, cuma mahu mengisi ruang masa agar tak terbuang=)
Jom Berbudi <3 <3 <3








No comments:

Post a Comment